Ads

Monday, December 5, 2011

Ke Arah Pembangunan Liga Malaysia


dulu, aku rasa sistem Harimau Muda yang diperkenalkan FAM takkan berjaya sebab bagi aku pembangunan dari kualiti liga lagi bagus dari sistem tu. nampaknya aku salah dan baru aku tau yang model ni dah dipakai oleh Uruguay, kejayaan skuad Malaysia sekarang sudah membuahkan hasil.  






soalannya adakah model yang diguna pakai sekarang ini boleh menaikkan taraf bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi yakni Asia?


jika jawapan korang adalah YA, BOLEH! janganlah berhenti membaca artikel ni sebab walaupun jawapan aku TAK BOLEH! tapi ini tak bermaksud aku menidakkan jawapan korang :)




sebabnya bagi aku selepas model Harimau Muda ini dipakai, pembangunan atau naik taraf struktur dan liga kita adalah perlu dipercepatkan. semua ini kerana aku berpendapat yang taraf dan kualiti liga menunjukkan taraf bola sepak negara itu. aku tau ramai akan cakap yang negara-negara Afrika kebanyakannya tiada struktur dan kualiti liga yang baik tapi kenapa mereka mampu berada setakuk lebih baik dari Malaysia? ada juga akan bercakap kenapa EPL yang dikatakan liga terbaik dunia tapi pasukan England masih jauh lagi untuk menyaingi gergasi bola sepak yang lain? ada juga yang akan bercakap kenapa Indonesian Super League (ISL) yang mendapat status gred B gagal menandingi skuad Malaysia yang hanya mempunyai Malaysian Super League (MSL) bersatuskan gred D?


sebelum tu, biar aku jelaskan satu-satu persoalan di atas:

1) tentang negara-negara Afrika
sekalipun kebanyakan negara tidak mempunyai liga yang baik tetapi mereka bertuah kerana ramai pemain-pemain berjaya mendapatkan passport untuk beraksi di Eropah terutamanya di negara Perancis yang sememangnya kita tahu mempunyai kawasan jajahan yang sangat luas di benua Afrika satu masa dahulu. cuba lihat dari mana mulanya karier bola sepak pemain-pemain bertaraf bintang di Afrika. Didier Drogba dan El Hadji Diouf memulakan karier di Perancis ketika zaman kanak-kanak lagi, pemain-pemain seperti Okocha, Etoo, Essien, Adebayor hanya setahun bermain bersama kelab remaja di negara masing-masing sebelum terbang mengembangkan karier ke kelab Eropah. aku bukan nak menidakkan hasil produk akademi pemain remaja di Afrika tapi bagi aku pemain-pemain dari Afrika memberi beberapa kriteria yang penting dalam bola sepak moden, antaranya abiliti fizikal dan stamina sebab tu lah ramai scout yang pergi ke benua Afrika untuk mencari bakat. jadi soalan tambahan untuk korang, apa kelebihan kita berbanding negara-negara Afrika?


2) EPL & ISL
kenapa EPL walaupun digelarkan antara liga terbaik dunia masih lagi gagal membentuk pasukan kebangsaan yang sukar ditandingi? ini kerana walaupun struktur dan taraf liga yang sangat baik, EPL terlalu ramai kemasukan pemain-pemain dari negara luar sehingga kelab-kelab utama di sana mengabaikan pemain-pemain kelahiran negara mereka kerana terlalu dahagakan kejayaan di peringkat kelab berbanding negara sendiri. aku tau mereka bangga bila 3 dari 4 kelab mereka berjaya ke separuh akhir UEFA Champions League 08-09 tapi banggakah rakyat mereka bila melihat hanya segelintir pemain kelahiran England yang beraksi? kalau dilihat juga kelab utama di sana jarang mengutamakan penampilan pemain-pemain tempatan, cuma baru-baru ini kelab utama di sana semakin sedar dengan kesilapan mereka (lebih-lebih lagi prestasi memalukan di Piala Dunia 2010). ISL pun situasinya lebih kurang sama kerana obses dengan kejayaan kelab dan naturalisasi, mereka memilih untuk mengabaikan pemain-pemain tempatan. hasilnya, pasukan mereka rebah di tangan negara kita yang semakin belajar dari kesilapan lepas dengan menubuhkan skuad Harimau Muda bagi membantu mendapatkan keserasian ketika beraksi bersama di peringkat antarabangsa.

berbalik kepada kenapa aku cakap model Harimau Muda ni tak boleh nak menjamin masa depan yang lebih gemilang?



berapa ramai kita boleh hasilkan Nazmi dalam masa setahun?

ini kerana 'pool of players' yang dilahirkan oleh Harimau Muda dan Sekolah Sukan di Malaysia jumlahnya terlalu kecil. satu tahun keluar lebih kurang 50 orang, tapi bolehkah dalam 50 orang pemain muda yang dikeluarkan dalam masa tahun ni mempunyai kualiti seperti Nazmi Faiz Mansor? kalau seorang seperti Nazmi dihasilkan setiap tahun, adakah ini cukup untuk membentuk satu kelompok pemain yang berkualiti menjelang kejohanan besar yang akan datang? seperti yang kita tahu, persaingan sihat akan mendorong pemain-pemain supaya berusaha lebih. jadi kalau melahirkan 11 Nazmi sekalipun, kemungkinan Nazmi akan  mula menjadi 'complacent' kerana tiada persaingan sihat dan kemungkinan perkembangan permata-permata kita akan berhenti di tahap itu sahaja.

Dan kerana itu jugalah kita perlu mengukuhkan struktur dan memantapkan lagi kualiti liga kita! persatuan/kelab bola sepak negara kita haruslah bersama-sama bertanggungjawab bagi menghasilkan pemain-pemain muda yang berkualiti. kalaulah 5 pemain terbaik sekolah negeri diambil Sekolah Sukan, jadi pemain selebihnya ianya menjadi tanggungjawab persatuan/kelab bola sepak untuk mengambil dan menyerap mereka ke dalam skuad Piala Presiden seterusnya mengasuh pemain-pemain tersebut untuk menjadi lebih baik di masa hadapan, manalah tahu pemain pemain ini adalah 'late bloomer'? bila mempunyai kelompok pemain-pemain muda yang ramai barulah negara kita secara kemungkinannya akan menghasilkan permata-permata bola sepak baru dengan lebih ramai seterusnya mewujudkan persaingan dan merancakkan lagi saingan liga.

penstrukturan semula liga kita akan menjamin masa depan yang lebih gemilang dan akan bertahan lebih lama. status liga akan dinaik taraf seterusnya akan menjamin masa depan persatuan/kelab bola sepak di Malaysia kerana dari segi kewangannya, kalau mereka berjaya layak ke pertandingan peringkat kelab Asia mungkin kehadiran penyokong akan semakin bertambah dan jika berjaya memenangi pertandingan tersebut, kita tahu ganjarannya lebih besar dari menjuarai MSL. sebab ni lah kalau korang nak tau kenapa Kelantan yang dipimpin oleh Tan Sri Annuar Musa beriya-iya ingin mengambil pemain import kerana pulangannya sangat berbaloi disamping dapat menarik lagi ramai penaja untuk menaja Kelantan untuk musim-musim akan datang. tu baru taraf AFC Cup, bayangkan peluang dan habuan yang akan dapat sekiranya persatuan/kelab bola sepak itu beraksi di Asian Champions League! itu baru kita tengok dari segi kewangan, belum lagi peningkatan taraf pemain-pemain? pendedahan 6 bulan di Slovakia baru-baru ni cukup untuk mematangkan sedikit skuad Harimau Muda kita, bayangkan kalau pendedahan setiap musim yang dimiliki oleh pemain-pemain tempatan di persatuan/kelab bola sepak yang bersaing bersama pemain-pemain bertaraf Asia setiap dua minggu dan 6x perlawanan peringkat kumpulan. tu baru kumpulan, kalau masuk sampai ke final macam mana? sebab tu kalau boleh naikkan taraf liga, jadi bolehlah untuk 'push' untuk 2 slot automatik Malaysia ke AFC Cup dan satu slot untuk Asian Champions League.

kejohanan utama kelab-kelab Asia (tiada slot langsung diberikan)


kejohanan taraf kedua kelab-kelab Asia (tapi kita baru dapat 1 slot automatik, 1 slot playoff)


penstrukturan liga juga boleh menarik minat pelabur-pelabur tempatan untuk melabur bersama kelab-kelab tempatan kerana taraf liga yang semakin meningkat menunjukkan minat rakyat terhadap bola sepak juga semakin meningkat. jadi di mata individu atau syarikat yang melabur pastinya ia mendatangkan keuntungan, lebih-lebih lagi jika kelab berkenaan semakin gah di mata Asia yang semestinya mempunyai penduduk paling ramai di dunia. liga yang baik juga akan menarik ramai pelabur untuk menaja liga kita dan seterusnya menjanjikan habuan yang lebih besar kepada pasukan-pasukan yang bertanding. cuma sedikit nasihat kepada pelabur-pelabur tempatan supaya mencontohi Bakrie Group dari Indonesia yang mengambil inisiatif membeli kelab di negara sendiri iaitu Pelita Jaya FC sambil membeli kelab di Australia, Brisbane Roar dan di Belgium, CS Vise. ini membolehkan pemain-pemain di kelab Pelita Jaya FC mendapatkan kepakaran dari sana dengan mudah serta boleh ke sana untuk membuat latihan ketika pra-musim. pemain-pemain muda berkualiti juga akan dihantar ke sana untuk mendapat latihan di peringkat yang lebih tinggi dan memberi mereka peluang diintai oleh 'scout' yang hadir di sana.


jadi, aku berharap sangat FAM sebagai badan induk yang menguruskan bola sepak di Malaysia dapat melakukan sesuatu bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia. kemonlah AFC House pun dekat Kuala Lumpur, ini sepatutnya bermaksud ASIA KITA YANG PUNYA! insyaallah jika penstrukturan semula liga dilaksanakan kita mampu berdiri sama tinggi dengan gergasi-gergasi Asia yang lain antaranya Australia, Jepun, Korea dan Iran.


kepada kawan-kawan yang meminati bola sepak seperti aku ni, sebar-sebarkan jika korang rasa informasi aku berikan ini bagus untuk jadi tatapan semua. terima kasih diucapkan kerana sudi membaca karangan level SPM ni (panjang sangat. hehe). MAJULAH BOLA SEPAK UNTUK NEGARA!




p/s: kalau tak berkenan dengan 'points' aku bolehlah komen weh. takpe aku  terima dengan hati terbuka :) pastu kalau rasa ada lagi point yang tak dinyatakan bolehlah bagitau kat aku. (aku sorang je tak boleh nak nampak semua. perlunya korang-korang semua)

0 critic(s):

Post a Comment